Wednesday, January 6, 2010

Sexy Cat girl Pictures, Images and Photos

Dua perkara terbaru yang mahu aku perkatakan:

1. KARAOKE SEPARUH BOGEL.

Tempat berkaraoke di Malaysia makin cangkih dan makin berani. Sambil karaoke boleh tengok daging mentah separuh bogel. Syookknyer..!!!

Sudah banyak kali kena serbu dan kena saman. Masih juga beroperasi. Malah makin berani.

Kenapa? Sebab ada orang yang diberi kuasa memantau makan hasil lendir separuh bogel itu..! Jijik lagi menjelikkan..!



2. RUNTUH BIN ROBOH

Bangunan yang didirikan, roboh sebelum digunakan. Kalau bangunan tak roboh, bumbung yang runtuh.

Kenapa? Ada yang kerja tak jujur. Yang memantau pun tak jujur. Happraak punya kaki. Gaji dimakan tiap-tiap bulan. Kerja tak seberapa. Banyak lepas tangan. Banyak makan duit haramlah tu.

Kalau manusia sebegitu masih diberikan kepercayaan dan tanggungjawab, tak mustahil negara ini akhirnya akan runtuh.

Kesimpulannya, kedua-dua kisah di atas adalah menggambarkan keruntuhan iman dan kerobohan nilai kemanusiaan seseorang.

Sunday, January 3, 2010

TAK PENTINGKAN SENSITIVITI

Isu agama adalah isu sensitif. Bukan perkara yang boleh pakai cakap dan pakai buat... atau main redah aje.

Kita semua tahu, Allah merupakan 'Tuhan Yang Maha Esa' bagi penganut agama Islam. Yang tiada campur aduk dengan 'Tuhan' agama lain.

Tapi nampaknya orang yang ada kuasa (jatuhkan hukuman) langsung tak ada rasa sensitiviti. Tak fikir sekeliling. Apa yang difikir ialah kuasa. Dia ada kuasa untuk menjatuhkan hukum.

Kalau dia sensitif, dia takkan buat sesuatu yang boleh menyinggung atau menyakiti hati orang lain. Tapi sebab dia fikir dia ada kuasa, dia buat apa yang dia rasa suka.

Monday, December 28, 2009

WARGA CHINA YANG TAK SEDAR DIRI..!

Daging Mentah Pictures, Images and Photos


Wanita warga China itu ditahan di sebuah pusat hiburan di Subang, Selangor. Dia dan beberapa rakannya ditahan reman di balai polis Subang Jaya untuk menjalani pengesahan dokumen daripada imigresen.

Lepas tu dia dakwa tandas di balai polis itu dipasang CCTV. Polis kata dakwaan itu tak berasas. Bukan itu saja, macam-macam dakwaan lagi yang tak elok dia buat, nak buru-burukkan polis.

Wanita dari negara China itu menuntut di sebuah kolej swasta di Kajang. Dalam masa yang sama dia dan rakan-rakannya buat kerja tak bermoral di pusat hiburan. Bila kena tangkap nak salahkan polis pula.

Please... sedarlah diri tu..! Masuk ke negara orang buatlah perkara yang elok. Kalau nak belajar buat cara nak belajar. Jangan nak berniaga 'daging menteh' pula..!

Sunday, December 27, 2009

CIKGU KENCING BERDIRI, ANAK MURID KENCING BERLARI...

murid Pictures, Images and Photos


Dalam akhbar, hari-hari keluhan cikgu-cikgu. Masalah gaji tak setimpal dengan kelulusanlah. Gred tinggi gaji murah la. Baru keluar U terus nak jadi Guru Besar la. Dan macam2 lagi.

Aku rasa penjawat awam lain tak kecoh sangat. Tapi cikgu... masya-Allah. Serba tak kena.

Semua tu hal remeh-temeh. Soal salah faham. Soal tak sabar nak pegang jawatan tinggi... dan tak sabar nak gaji besar.

Kalau cik gu pun tak faham dengan 'kedudukan' sendiri, tak boleh bertolak ansur, macam mana anak murid nak faham dan kenal diri sendiri selepas dididik oleh cikgu??

Kata orang, kalau kencing berdiri, anak murid kencing berlari.

Friday, December 25, 2009

YAHOOOUUUPPPP....!

SELAMAT BERJUMPA..... DAN SELAMAT BERTUKAR-TUKAR IDEA....!